Isnin, 23 November 2020

MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM


Kaedah Fiqh Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan

SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN TUJUAN ATAU NIAT


Qawaid Fiqhiyyah

Qawaid Fiqhiyyah terdiri daripada lima kaedah umum yang dipersetujui oleh jumhur ulama Fiqh iaitu:

1. الأمور بمقاصدها (Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat) 
2. اليقين لا يزال بالشك (Keyakinan Tidak Dihilangkan Dengan Keraguan) 
3. لا ضرر ولا ضرار (Tidak Boleh Memudaratkan Dan Membalas Kemudaratan) 
4. المشقة تجلب التيسير (Kesukaran Membawa Kemudahan) 
5. العادة محكمة (Adat Digunapakai Dalam Memutuskan Hukum) 




KAEDAH PERTAMA: الأمور بمقاصدها 
(Setiap Perkara Dinilai Berdasarkan Niat) 

DEFINISI

Antara kaedah asas tersebut adalah :
Maksud : Setiap perkara itu merujuk tujuan sesuatu perkara yang dilaksanakan atau setiap hukum bagi amalan seseorang sama ada pertuturan atau perbuatan bergantung pada niat atau tujuannya.

   Setiap amalan yang dilakukan oleh mukalaf adalah bergantung kepada niatnya.

  Oleh itu, niat adalah penentu sama ada amalan seseorang itu diterima atau tidak oleh Allah SWT.

  Niat amat penting bagi menentukan baik atau buruk,dosa atau pahala dan mencapai reda Allah SWT atau tidak.

  Contonya : penciptaan dan penggunaan aplikasi komunikasi yang disediakan dan dicipta seperti Whatsapp, Facebook dan sebagainya bertujuan bagi memudahkan komunikasi antara masyarakat dan mengeratkan silaturahim sesama manusia.

  Ianya dikira harus dalam Islam kerana terdapat manfaat yang baik diperoleh selain dapat memudahkan urusan manusia dalam kehidupan seharian.

  Jika aplikasi ini disalah guna, ianya akan membawa kepada kerosakan dan kemudaratan ke atas diri individu tersebut mahupun diri orang lain. Maka, penggunaanya adalah diharamkan menurut kaedah fiqah.
DALIL-DALIL

a) al-Quran

Allah SWT berfirman:

 وَمَنْ يَّخْرُجْ مِنْۢ بَيْتِهٖ مُهَاجِرًا اِلَى اللّٰهِ وَرَسُوْلِهٖ ثُمَّ يُدْرِكْهُ الْمَوْتُ فَقَدْ وَقَعَ اَجْرُهٗ عَلَى اللّٰهِ  ۗ  وَكَانَ اللّٰهُ غَفُوْرًا رَّحِيْم

Maksudnya: "Dan sesiapa yang keluar dari rumahnya dengan tujuan berhijrah kepada Allah dan RasulNya, kemudian ia mati (dalam perjalanan), maka sesungguhnya telah tetap pahala hijrahnya di sisi Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."

(QS. An-Nisa' 4: Ayat 100)


b) as-Sunnah

حديث عمر بن الخطاب رضى الله عنه، قال: سمعت رسول اللهم صلى الله عليه وسلم يقول: "انما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرئ ما نوى، فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله، فهجرته إلى الله ورسوله، ومن كانت هجرته إلى دنيا يصيبها أو امرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه
(رواه البخاري)

Maksudnya : "Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda; Sesungguhnya setiap perbuatan bergantung pada niatnya. Dan sesungguhnya setiap orang (akan dibalas) berdasarkan apa yang dia niatkan. Siapa yang hijrahnya kerana (ingin mendapatkan keredhaan)  Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya kepada (keredhaan)  Allah dan Rasul-Nya. Dan siapa yang hijrahnya kerana menginginkan kehidupan yang layak di dunia atau kerana wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya (akan bernilai sebagaimana) yang dia niatkan. "


Kandungan Hadis

1)        Niat merupakan syarat layak/diterima atau tidak amalan perbuatan, dan amal ibadah tidak akan menghasilkan pahala kecuali berdasarkan niat (kerana Allah SWT).

2)        Niat merupakan sesuatu yang terlintas di hati untuk melakukan ibadah atau sesuatu perkara.

3)        Seseorang mukmin akan diberikan ganjaran pahala berdasarkn tujuan niatnya jika ianya ke arah kebaikan dan redha-Nya.

4)        Niat merupakan sebahagian daripada iman kerana ianya merupakan pekerjaan hati, dan iman menurut pemahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah membenarkan dalam hati, diucapkan dengan lisan dan diamalkan dengan perbuatan.


Niat

  Definisi : Niat adalah maksud atau tujuan bagi sesuatu perbuatan( kamus Sewan,2002).

  Banyak ulama yang memberikan makna niat secara bahasa, seperti K.H. Nawawi bin H.Ichsan , ia mengatakan niat adalam bermaksud untuk melakukan sesuatu dan bertekad bulat untuk mengerjakannya.

  Pendapat lain mengatakan “ Niat adalah maksud yang terdapat dalam hati seseorang untuk melakukan sesuatu yang ingin dilakukan”.

Tujuan Niat

  Niat diperlukan bagi membezakan antara ibadat dengan adat, pahala,atau dosa, dan bermanfaat atau bermafsadah kepada seseorang atau kumpulan.

  Niat ialah cetusan hati seseorang ketika hendak melakukan sesuatu atau sebaliknya. Niat menjadi syarat utama sama ada sah atau batal sesuatu perkara dan amalan tersebut diberikan dosa atau pahala.

  Amalan yang tidk disertakan dengan niat sebenarnya tidak akan diterima oleh Allah SWT dan perundangan serta hanya akan mendatangkan sia-sia.
RUKUN KAEDAH

Al-Umur (الأمور) : lafaz umum yang merangkumi semua tindakan yang keluar daripada manusia.

Bi Maqasidiha (بمقاصدها) : sah atau batalnya sesuatu perkara  yang bergantung kepada niat.

SYARAT-SYARAT

1. Kaedah ((القاصد)) / ((المكلف)) 

* Islam
* Tukang niat / mukallaf
* Ahliah (الأهلية)
    - Berakal
    - Baligh
    - Mumayyiz

2. Maksud (( عملا)) 

* Perbuatan diketahui orang yang berniat untuk menjelaskan hukum niat.  Jika seseorang itu jahil, tidak sah ibadat.

* Perbuatan yang mampu dilakukan oleh mukallaf daripada sudut akal syarak dan adat.

* Hendaklah perbuatan tertentu.

* Hendaklah diusahakan diri sendiri

3. Al-Qasad (niat) 

* Tidak boleh berlawanan dengan syariat Allah.

* Serentak dengan perkara yang diniatkan

* Tidak buat perkara yang berlawanan dengan niat.

* Yakin dengan niat

* Ikhlas kerana Allah Ta'ala

- Contoh: niat untuk membatalkan solat
Menurut mazhab Syafie, sekiranya berniat untuk .membatalkan solat, maka batal solat tersebut. 

TEMPAT DAN WAKTU NIAT

* Tempat : Di dalam hati tidak sekadar lafaz. Lafaz niat yang dilakukan Nabi Muhammad S. A. W.  adalah dalam ibadat haji sahaja.
-Menurut mazhab Syafie, sunat untuk lafaz niat supaya membantu ketetapan hati.

* Waktu Niat : Di awal ibadat.

Kenapa disyariatkan untuk berniat

* Untuk mendekatkan diri kepada Allah.

* Untuk bezakan perbuatan dengan yang lain.

* Untuk membezakan adat dan ibadat

* Untuk membezakan antara darjat sesuatu ibadat.





Matan Hadith

Daripada Amirul Mukminin Abi Hafs, Umar bin al-Khattab RA katanya, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:

 إِنَّمَا الأَعْمَالُ بِالنِّيَاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِىءٍ مَا نَوَى فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إِلَى اللهِ وَرَسُوْلِهِ فَهِجْرَتُهُ إِلَى الله وَرَسُوْلِهِ وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيْبُهَا أَوْ اِمْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إِلَى مَا هَاجَرَ إِلَيْهِ

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan berdasarkan niat dan sesungguhnya setiap orang mengikut yang dia niat. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya”.


Takhrij Hadith

Riwayat al-Bukhari dalam permulaan kitab Sahihnya, Muslim (1907), Abu Daud (2201), al-Tirmizi (1646), Ibn Majah (4227), al-Nasaie (1/59-60), Ahmad dalam al-Musnad (1/25 dan 43), al-Daruqutni, Ibn Hibban dan al-Baihaqi.


Sebab Wurud Hadith

Imam al-Suyuthi telah mengarang sebuah kitab yang bagus berkaitan sebab-sebab sesebuah hadith itu diucapkan oleh Rasulullah SAW. Berdasarkan soalan di atas, telah berkata al-Zubair bin Bakar di dalam Akhbar al-Madinah:

“Apabila Nabi SAW tiba di Madinah, selepas beberapa ketika. Sebahagian daripada para sahabat RA telah jatuh sakit. Kemudian tiba seorang lelaki di Madinah lalu dia berkahwin dengan seorang wanita yang juga berhijrah dari Makkah. Maka Baginda SAW duduk  di atas mimbar lalu bersabda: “Wahai sekalian manusia, sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat sebanyak tiga kali. Maka sesiapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya maka hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, dan siapa yang hijrahnya kerana dunia untuk dia dapatinya atau perempuan untuk dikahwininya, maka hijrahnya mengikut apa yang dia hijrah kepadanya. Kemudian Baginda SAW mengangkat tangan lalu berdoa: “Ya Allah, Kau hilangkan wabak ini daripada kami sebanyak tiga kali”. Pada waktu pagi, Baginda SAW bersabda lagi: “Aku telah didatangi seorang tua yang demam panas, terdapat bintik-bintik hitam yang melingkari tangannya. Dia (orang tua) berkata: Demam panas ini, apa pendapatmu mengenainya? Maka Nabi SAW bersabda: Celupkannya di Khum (kolam atau mata air di Khum)”. [Lihat: al-Luma’ fi Asbab Wurud al-Hadith, 61,62]


Antara sebab lain adalah sebagaimana yang diucapkan oleh Imam al-Tabarani telah meriwayatkan di dalam kitabnya al-Mu’jam al-Kabir dengan rantai perawian yang thiqah, daripada Ibn Mas’ud RA, bahawa beliau berkata:


كَانَ فِينَا رَجُلٌ خَطَبَ امْرَأَةً يُقَالُ لَهَا: أُمُّ قَيْسٍ، فَأَبَتْ أَنْ تَتَزَوَّجَهُ حَتَّى يُهَاجِرَ، فَهَاجَرَ فَتَزَوَّجَهَا، فَكُنَّا نُسَمِّيهِ: مُهَاجِرَ أُمِّ قَيْسٍ

Maksudnya: “Terdapat di kalangan kami seorang lelaki yang meminang seorang perempuan yang dikenali dengan nama Ummu Qais.  Perempuan tersebut enggan mengahwininya kecuali apabila lelaki tersebut berhijrah ke Madinah. Dia pun berhijrah dan mengahwini perempuan tersebut. Maka kami menamakannya sebagai “Penghijrah Ummu Qais”.


Aplikasi Hadis Dalam Kehidupan

Hadith ini memerlukan dua perkara dalam kehidupan kita, pertamanya niat yang tulus agar dipahalakan Allah. Antara tujuan niat membezakan antara adat dengan ibadah, jika ibadah akan dipahalakan Allah SWT.


Kedua perlunya kita berhijrah daripada baik kepada yang lebih baik dan menggunakan hijrah untuk membaiki kehidupan kita. Sejarah telah membuktikan bermulanya kejayaan Rasulullah SAW dan para sahabat selepas berhijrah.


Al-Syeikh al-Khidri berkata: “Dengan hijrah ini, telah sempurnalah bagi Rasul kita SAW mengikut sunnah saudaranya di kalangan para Nabi. Ini kerana sunnah mereka adalah berhijrah dari tempat kelahiran mereka. Seperti berlaku daripada Ibrahim AS hingga kepada Nabi Isa AS”.


Seperti kata Dr. Muhammad Abu Faris: “Sesungguhnya hijrah sepenting-penting peristiwa dalam tarikh dakwah Islamiyah. Ini kerana dengannya terbentuk kuasa politik bagi umat Islam dalam menyebarkan agamanya serta mempertahankan kemuliaannya”.


Penutup

Kesimpulannya, tidak semua hadith mempunyai asbab wurud sesebuah hadith. Ini kerana, sebahagian hadith diungkapkan atau diucapkan disebabkan soalan yang ditanya atau peristiwa yang berlaku. Akhirnya, semoga dengan pencerahan yang ringkas ini dapat menambahkan ilmu pengetahuan kita dalam agama ini. Amin.


MPU23052 SAINS TEKNOLOGI DAN KEJURUTERAAN DALAM ISLAM

Kaedah Fiqh Dalam Sains Teknologi dan Kejuruteraan SETIAP PERKARA DINILAI BERDASARKAN TUJUAN ATAU NIAT Qawaid Fiqhiyyah Qawaid Fiqhiyyah ter...